Back
13 June 2014

MYDIN EXPRESS

 

BARANG KEPERLUAN DAH HABIS TAPI RISAU NAK KE PASAR RAYA? MYDIN EXPRESS KAN ADA!

 

Risau membeli barangan keperluan di pasar raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? atau Pesanan Barangan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah?

Jangan bimbang, MYDIN EXPRESS sedia membantu. Anda tidak perlu lagi beratur dan bersesak di pasar raya untuk mendapatkan barangan keperluan ataupun berasa risau pesanan penghantaran lewat sampai ke rumah.

MYDIN kini melancarkan MYDIN EXPRESS di 36 cawangannya!

 

Mydin Express
Mydin Express

 

APA ITU MYDIN EXPRESS?

 

 

Berbeza dengan MYDIN ONLINE yang menghantar pesanan dalam talian anda terus ke rumah, MYDIN EXPRESS menawarkan perkhidmatan pandu lalu dan contactless bagi meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pelanggan kami. Pelanggan tidak lagi perlu menunggu lama untuk barangan keperluan, hanya perlu membuat pesanan secara dalam talian dan pandu lalu untuk mengambil barangan yang dipesan.

Ikuti langkah mudah berikut dan mulakan pesanan anda sekarang:

1. Klik disini untuk memulakan pesanan barangan.
2. Pelanggan akan menerima notifikasi melalui emel dan aplikasi WhatsApp untuk butiran pembayaran dan maklumat pengambilan barangan.
3. Pandu lalu di “Pick Up Point” yang telah disediakan.
4. Pelanggan perlu memeriksa barangan sebelum membuat pembayaran dan hanya bayaran melalui kad debit/kredit diterima.
5. Terima resit pembelian melalui emel dan aplikasi WhatsApp.

Mudah dan Ringkas kan? Apa tunggu lagi, Jom shopping di MYDIN EXPRESS!