Back
13 June 2014

TIPS MEMBELI BARANG KEPERLUAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

 

5 PERKARA PENTING ANDA PERLU TAHU KETIKA INI!

 

1. RAK KOSONG? JANGAN PANIK! BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN CUKUP UNTUK SEMUA

 

Tenang. Jangan panik jika anda melihat rak kosong di pasar raya kami. Ruangan kosong pada rak bukan bermakna kami tidak mempunyai bekalan. Stok bekalan adalah mencukupi buat semua, cuma pihak kami sedang berhadapan sedikit kelewatan penghantaran bekalan dari pihak pembekal akibat permintaan yang tinggi ketika ini.

Percayalah, kami sedang berusaha sedaya upaya memastikan bekalan keperluan tersedia untuk anda di semua rak pasar raya kami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

 

2. BEKALAN CUKUP BUAT SEMUA JIKA ANDA MEMBELI SECARA BERHEMAH

 

Elakkan pembelian panik dan beli mengikut keperluan sahaja. Perubahan drastik pada trend membeli barangan menyebabkan terjadinya perubahan terhadap rantaian bekalan.

Pihak kami sentiasa komited memastikan bekalan cukup untuk semua. Justeru itu, adakalanya tindakan mengehadkan bekalan perlu dilakukan dalam memastikan semua pihak dapat membeli dan merasa.

 

3. WE ARE SAFE TO SERVE YOU. KESELAMATAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI

 

Kami sentiasa memastikan kebersihan dan keselamatan premis kami terjamin bagi kemudahan membeli belah anda. Pasar raya kami disanitasi setiap hari dan proses pembasmian kuman pada troli, eskalator dan lif dilakukan secara berkala pada setiap 2 jam agar anda dapat membeli dan membawa pulang barangan keperluan dengan selamat. Kami juga turut menyediakan hand sanitizers di pintu masuk untuk kegunaan anda dan memeriksa suhu badan semua pelanggan sebelum masuk.

Kami juga pastikan kakitangan kami sihat dan selamat sebelum melayani anda, pelanggan kami. Kami memaksimumkan aspek keselamatan dan kesihatan semua dengan membekalkan topeng muka, hand sanitizers dan sarung tangan serta mengadakan pemeriksaan suhu badan setiap hari. Ini penting bagi memastikan “WE ARE SAFE TO SERVE YOU”.

 

4. PATUHI ARAHAN KESELAMATAN DAN JARAK SOSIAL

 

Kami amat berharap pelanggan mematuhi garis panduan keselamatan dan etika Penjarakan Sosial 1 Meter yang digariskan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagaimana kami memberikan yang terbaik untuk anda, kami juga ingin memastikan keselamatan para pekerja kami terjamin. Mereka bertungkus lumus dan sanggup berdepan risiko demi anda. Walaupun kita semua berdepan detik sukar, jangan lupa senyum dan ucapkan terima kasih! Ingat hanya ketua keluarga yang dibenarkan masuk!

 

5. WAKTU KHAS MEMBELI BELAH BUAT WARGA EMAS, ORANG KELAINAN UPAYA, WANITA MENGANDUNG SERTA TENAGA KERJA BARISAN HADAPAN

 

Pihak MYDIN turut menyediakan waktu khas, 30 minit pertama waktu operasi buat warga emas, orang kelainan upaya, wanita mengandung serta tenaga kerja barisan hadapan utama seperti doktor, jururawat, polis dan tentera. Ini bagi mengelak kesesakan dan memastikan keadaan terkawal agar semua pihak dapat membeli barangan keperluan dengan selesa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi menjamin keselesaan, kaunter khas buat mereka turut disediakan!