Back
13 June 2014

5 RAHSIA KEBAIKAN KURMA YANG RAMAI TIDAK TAHU

 

Ramadan dan buah Kurma pasti tidak dapat dipisahkan. Tahukah anda Kurma mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan?

Berikut ialah khasiat utama buah ini yang mungkin masih ramai belum tahu:

 

Mailer

 

1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi

 

Walaupun bersaiz kecil, kurma kaya dengan kandungan nutrien penting seperti serat, kalsium, zat besi dan vitamin yang amat penting untuk kesihatan.

 

2. Tenaga Segera

 

Kurma mengandungi gula semula jadi (fructose, glucose, sucrose) yang tinggi. Kandungan gula ini amat penting untuk memberi tenaga sepanjang hari berpuasa.

 

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

 

Tahukah anda, khasiat kurma amat penting dalam mencegah masalah penyakit jantung. Hasil kajian mendapati kurma mengandungi sumber potassium yang dapat membantu mengurangkan risiko serangan strok. Kurma juga dapat membantu menguatkan jantung anda.

 

4. Baik Untuk Kesihatan Tulang

 

Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Kurma juga mempunyai kandungan magnesium yang tinggi bagi membantu pertumbuhan tulang dan membantu membendung penyakit osteoporosis.

 

5. Menguatkan Memori

 

Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk menguatkan memori.

 


 

MYDIN menawarkan pelbagai seleksi kurma, sentuhan rasa sempena Ramadan ini. Dapatkan Kurma Medjool, Khenaizi, Dabbas, Deglet Nour dan Kurma Mesir di pasar raya MYDIN berdekatan anda sekarang.

 

Mailer

 

Mailer

 

Mailer

 

Mailer

 

Mailer

 

Mailer

 

Mailer

 

Mailer

 

Mailer