Back
13 June 2014

5 TIPS SAHUR UNTUK KEKAL BERTENAGA SEPANJANG RAMADAN

 

Ramadan Mubarak. Semoga Ramadan kali ini lebih dihayati dan memberi sinar buat semua.

 

Meskipun sedang berdepan detik sukar COVID-19, ibadah puasa harus tetap dijalani seperti biasa. Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan, pastinya ramai berdepan situasi mencabar untuk kekal fokus dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian, terutamanya mereka yang perlu bekerja dari rumah.

MYDIN kongsikan 5 tips sahur untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadan ini.

 

1. MAKAN KURMA KETIKA BERSAHUR

 

Buah Kurma dikenali sebagai superfood, ia kaya dengan sumber kalsium dan mineral yang penting untuk meningkatkan tenaga. Anda juga boleh amalkan pengambilan jus kurma ketika bersahur. Cuma rendamkan kurma semalaman, campurkan susu dan kisar. Selain rasanya yang sedap, jus kurma juga membantu mengatasi rasa letih untuk kekal fokus sepanjang hari.

 

2. PENGAMBILAN MAKANAN KAYA PROTEIN

 

Makanan kaya protein seperti telur, ayam, ikan dan daging melalui proses pencernaan yang perlahan berbanding makanan lain dan akan memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Ia juga membantu dalam menstabilkan paras gula dalam darah.

 

3. PENGAMBILAN MAKANAN BERSERAT TINGGI

 

Makan berserat tinggi seperti nasi perang, kentang & roti gandum membantu memberikan tenaga yang berpanjangan. Pengambilan makanan berserat tinggi ketika sahur mampu meningkatkan daya tumpuan untuk kekal segar sepanjang berpuasa.

 

4. ELAKKAN GARAM DAN MINUM AIR BERLEBIHAN

 

Garam adalah sumber utama penyerap air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng akan meningkatkan kadar dehidrasi dan menyebabkan anda cepat berasa haus. Minum terlalu banyak air juga memberi tindak balas yang sama. Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.

 

5. JANGAN TERBURU – BURU & LEWATKAN SEDIKIT WAKTU SAHUR

 

Tahukah anda, melewatkan waktu sahur adalah sebahagian dari sunnah? Lewatkan sedikit waktu bersahur namun pastikan jangan terburu – buru. Ini kerana mengunyah makanan terlalu cepat akan membuat kadar gula dalam darah terganggu dan akan membuat anda lebih cepat berasa lapar. Tubuh akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan pada saat kita makan terlalu cepat. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi oleh tubuh kurang sempurna sehingga anda pun akan cepat merasa penat.

Tiada idea untuk persiapan sahur?

Ikuti resepi Mak Cik Kiah di laman sosial MYDIN untuk resepi ringkas, mudah dan cepat.