Back
13 June 2014

MYDIN TERUS KOMITED MEMASTIKAN KESELAMATAN PARA PELANGGAN KAMI

 

Negara kini berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Meskipun banyak kelonggaran telah diberi pihak kerajaan, MYDIN terus komited mematuhi segala Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan di semua premis perniagaan kami agar pelanggan dapat terus membeli– belah dengan selamat dan selesa.

 

IMBAS KOD QR DI PINTU MASUK

 

Pelanggan dan kakitangan dikehendaki mengimbas kod QR di pintu masuk sebelum memasuki pasar raya. Ini kami lakukan bagi tujuan pengesanan kontak rapat agar pelanggan dapat dihubungi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

 

PEMERIKSAAN SUHU BADAN, PEMAKAIAN PELITUP MUKA DAN PENYEDIAAN HAND SANITISER

 

Bagi tujuan keselamatan, suhu badan anda akan diperiksa sebelum memasuki pasar raya. Pihak kami turut menyediakan hand sanitiser di semua pintu masuk bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kebersihan. Pelanggan juga digalakkan memakai pelitup muka sepanjang membeli –belah bagi mengurangi risiko jangkitan.

 

PROSES SANITASI OPTIMUM

 

Premis kami di sanitasi secara kerap bagi memastikan aspek kebersihan berada di tahap optimum. Troli, bakul serta kawasan tumpuan seperti eskalator, lif, kaunter bayaran di sanitasi secara kerap agar pelanggan dapat membeli-belah dengan selamat.

 

PENJARAKAN SOSIAL

 

Kami telah menandakan jarak selamat di sekitar pasar raya agar amalan penjarakan sosial 1 meter terus dipantau dan dipatuhi sepanjang masa. Para pelanggan dinasihati untuk mematuhi jarak selamat yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan bersama.

 

PENINGKATAN KAWALAN KESELAMATAN & KEBERSIHAN DI SEGMEN READY TO EAT DAN MEDAN SELERA

 

Anda kini boleh menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan – rakan tanpa kerisauan di pasar raya kami. Dapatkan pelbagai hidangan enak di segmen Ready to Eat dan juga medan selera kami. MYDIN sentiasa mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan sanitasi premis yang kerap bagi persiapan dan penyediaan makanan. Medan selera kami di MYDIN USJ turut medapat Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan Gred A dari pihak berkuasa tempatan. Anda juga digalakkan membawa kutleri makanan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

MYDIN sentiasa memastikan keselamatan pelanggan kami menjadi keutamaan agar anda dapat membeli – belah dengan selamat. Kami memohon kerjasama semua pihak agar tetap berwaspada dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Bersama kita putuskan rantaian penularan COVID-19.

Kita Jaga Kita. Kita Pasti Menang.